Dasar Penghantaran
Kemas kini terakhir: 1 November 2026
Semua produk Forall Sigma disediakan dalam bentuk digital. Tiada produk fizikal dihantar dan tiada caj penghantaran dikenakan.
Cara penghantaran
Selepas pembayaran anda disahkan:
- Akses kepada e-buku diberikan serta-merta melalui Akaun Saya. Anda boleh mula memuat turun fail tanpa menunggu penghantaran fizikal.
- Emel pengesahan turut dihantar ke alamat yang digunakan semasa membuat pesanan.
- Fail dijana dalam format PDF dan disusun untuk bacaan melalui telefon.
Masa penghantaran
Serta-merta selepas pembayaran disahkan. Fail PDF dijana apabila anda menekan butang Muat Turun, lazimnya dalam beberapa saat. Buku yang lebih tebal mungkin memerlukan masa tambahan kerana tanda pengenalan pembeli dicetak pada setiap muka surat.
Kalau emel tidak sampai
Anda juga boleh membuka Akaun Saya menggunakan emel yang sama seperti semasa membuat pesanan. Jika emel pengesahan tidak ditemui, semak folder Spam atau Promotions.
Muat turun semula
Tiada had bilangan muat turun semula. E-buku yang telah dibeli kekal tersedia dalam Akaun Saya, boleh dimuat turun semula bila-bila masa dan boleh disimpan pada seberapa banyak peranti peribadi yang anda mahu, untuk kegunaan sendiri.
Keperluan teknikal
Anda memerlukan peranti yang boleh membuka fail PDF, seperti telefon, tablet atau komputer. Lihat halaman Cara Buka Buku untuk panduan langkah demi langkah.