Cara Membuka E-Buku MSTSA
E-buku MSTSA disediakan dalam format PDF yang mesra telefon. Pilih panduan mengikut peranti yang anda gunakan.
Susun atur PDF disesuaikan untuk bacaan pada skrin telefon. Pada kebanyakan peranti, anda boleh membaca halaman tanpa perlu zum atau menatal ke kiri dan kanan.
PDF mengandungi butang Sebelumnya, Seterusnya dan pautan isi kandungan untuk memudahkan navigasi. Paparan dan fungsi pautan mungkin berbeza sedikit mengikut aplikasi pembaca PDF. Selepas dimuat turun, fail boleh dibaca tanpa sambungan internet.
iPhone dan iPad
- Log masuk ke Akaun Saya melalui laman web atau pautan dalam emel pengesahan. Tekan Muat Turun pada buku yang telah dibeli.
- Safari biasanya akan memaparkan pratonton fail PDF.
- Tekan ikon Kongsi (Share), pilih Books jika pilihan tersebut tersedia dan simpan fail ke pustaka Apple Books.
- Selepas disimpan, buka semula fail melalui Apple Books untuk membaca secara luar talian.
Apple Books lazimnya boleh menyimpan kemajuan bacaan supaya anda lebih mudah menyambung dari halaman terakhir.
Android
Terdapat pelbagai aplikasi pembaca PDF untuk Android. Anda boleh menggunakan aplikasi yang tersedia pada telefon atau memilih aplikasi lain mengikut keselesaan.
- Buka Akaun Saya dan tekan Muat Turun pada buku yang telah dibeli.
- Buka fail PDF menggunakan aplikasi yang tersedia, contohnya Google Drive, Files by Google atau pembaca PDF lain. Pilihan aplikasi bergantung pada telefon anda.
- Jika mahu, cuba salah satu aplikasi pembaca berikut:
- Google Play Books: muat naik PDF ke pustaka akaun Google anda untuk membaca melalui peranti yang disokong.
- Adobe Acrobat Reader: aplikasi pembaca PDF dengan ciri navigasi dan anotasi.
- ReadEra atau Xodo: pilihan lain yang menyediakan fungsi bacaan seperti penanda buku, bergantung pada aplikasi.
Senarai kandungan
Setiap buku mempunyai senarai kandungan terbina (bookmark) untuk melompat terus ke bab, bahagian atau soalan. Dalam Apple Books, ketik skrin sekali dan tekan ikon senarai di bahagian atas. Dalam Google Play Books dan Adobe Acrobat Reader, buka menu kandungan aplikasi tersebut.
Mengisi Survival Workbook
Ruang tulis dalam Survival Workbook (Peringkat 04) boleh diisi terus pada telefon menggunakan Google Drive, Adobe Acrobat Reader atau app Files pada iPhone dan iPad. Simpan fail selepas mengisi supaya jawapan anda tidak hilang. Apple Books hanya memaparkan buku dan tidak menyokong pengisian borang.
Menyalin prompt AI
Prompt dalam Panel Room (Peringkat 05) juga tersedia sebagai teks biasa dalam Akaun Saya, lebih mudah disalin di telefon berbanding dari PDF.
Komputer
Pada komputer, fail PDF boleh dibuka menggunakan Chrome, Edge, Safari, Preview pada Mac atau Adobe Acrobat Reader. Ciri pautan interaktif mungkin berbeza mengikut aplikasi.
Menghadapi masalah membuka fail?
Cuba muat turun semula melalui Akaun Saya dan buka fail menggunakan aplikasi pembaca PDF yang lain. Muat turun semula tidak dihadkan.
Tidak menemui emel pengesahan?
- Semak folder Spam dan tab Promotions.
- Pastikan anda menggunakan alamat emel yang sama seperti semasa membuat pesanan.
- Buka Akaun Saya untuk memuat turun semula e-buku yang telah dibeli.